Sunday, November 1, 2009

saye mau hepi :D how?

these steps on HOW TO BE HAPPY are taken from my beloved bestesttttfriend,

AIN ILYANA :D

love u toet.your entry made my day.. :)


PERTAMA Jangan ada benci, tak kisahlah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos mahupun guru dan pensyarah. Perasaan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlasan kita. Benci itu ibarat ‘api dalam sekam’ yang akan membangkitkan dendam dan seterusnya satu pergaduhan @ makan dalam yang amat!

KEDUA Jangan bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kita sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian…Dont worry, be happy!

KETIGA Hidup secara bersederhana. Cara ini adalah tuntutan agama kita. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak popular, tetapi sekurang-kurangnya kita mempunyai ketenangan di hati. Itu adalah yang paling penting. Jadi, pilihlah hidup serba sederhana dan bersyukur kerana masih lagi ramai yang menderita dan sengsara di luar sana.

KEEMPAT Jangan terlalu mengharap. Kadang-kadang pengharapan itu akan mengecewakan kita. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tetapi bermakna dan jangan terlalu mengharap yang besar dan terbaik yang tak mungkin akan menjadi milik kita.

KELIMA Banyakkan memberi. Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah, membantu yang memerlukan dan berjihad di jalan Allah.

KEENAM Sentiasa tersenyum. Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Senyuman itu adalah sedekah menurut kata pujangga. Dan dengan menarik otot kanan dan kiri bibir akan membuatkan wajah kita nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkaplah penampilan kita dengan senyuman….

KETUJUH Perlu ada kawan rapat. Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati, dan saling bersifat terbuka serta positif. KAWAN bukan LAWAN..!!Pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan ketika kita berduka, memapah tangan ketika terjatuh, bercakap benar walau dia tahu hati kita terluka dan marah. Kerana itu lebih baik dari mengiyakan apa yang kita lakukan itu sebenarnya adalah salah.

2 comments:

Anonymous said...

hehe..lovesttttestt kat ko jugak!syg ko manyak2..so, mari kita epi2!!:)

xoxo;
toet syg kamm

hafiz CHouJi said...

Chouji likes this entry. :')